welcome

Saturday, July 31, 2010

landskap

KOLAM GALANGA




UKHWAH WARGA SKL

ULIK MAYANG DIULIK
ULIK DENGAN JALA JEMALA
NAK ULIK MAYANG DIULIK
ULIK DENGAN SKNYA LENGKUAS

SK LENGKUAS NAMA DIBERI
TEPI SUNGAI LOKASI BERDIRI
AHMAD NAJIB BIN SHAARI
GURU BESAR YANG DISAYANGI

CIKGU CIKGI AMANAH DIBERI
KENA NGAJAQ SETIAP HARI
TITIK PELUH SUMBANGAN DIBERI
HUJUNG BULAN TERIMA GAJI

HARI-HARI BUAT TUKAQ GANTI
CIKGU KAMI GELISAH LAGI
KURUS KERING HENSEM BERSERI
ITU DIA PK 1 KAMI

RMT MAKAN SETIAP HARI
MURID KAMI TAK LAPAQ LAGI
MAKAN-MAKAN HOBI DI HATI
TAK LAIN LAGI PK HEM KAMI

PERKHEMAHAN MINAT SEKALI
TAK LUPA JUGA LAWAN LARI
MAKAN ANGIN SEMUSIM SEKALI
MEMANG KERJA PK KOKO KAMI

SETIAP HARI MAI SEKOLAH
BUAT KERJA TANPA HENTI-HENTI
AGAR HIDUP AMAN HARMONI
MOGA JUA DIBERKATI ALLAH.
I

Wednesday, July 28, 2010

PIAGAM,VISI & MISI

PIAGAM

1. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN PRASARANA YANG SELESA UNTUK PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

2.MURID DIBERI PELUANG MENDAPAT PENDIDIKAN DAN MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU DARI SEGI INTELEK,ROHANI EMOSI,DAN JASMANI KE ARAH MENCAPAI KECEMERLANGAN.

3. MEMBERI PENGAJARAN BERKUALITI MENDIDIK BERAKHLAK MULIA DAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI KE ARAH KESEJAHTERAAN HIDUP.

4.SEMUA MURID DAPAT MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA (3M) SELEPAS MENAMATKAN PERSEKOLAHAN RENDAH.

5.MEMBERI PERKHIDMATAN KAUNTER YANG BERKUALITI,MENYELESAIKAN MASALAH PELANGGAN DENGAN KADAR SEGERA,MESRA DAN LAYANAN BAIK SERTA MENJADIKAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI MASYARAKAT.

6.MELAHIRKAN DAN MENGAMALKAN BUDAYA MUAFAKAT DI KALANGAN WARGA SEKOLAH, ORANG PERSEORANGAN,PIBG DAN INSTITUSI LUAR.

7.MEMCUBA SEDAYA UPAYA AGAR SEMUA MURID ISLA M DAPAT MEMBACA
AL-QURAN DENGAN BAIK DAN DAPAT MENGERJAKAN SEMBAHYANG DENGAN SEMPURNA.

VISI

SEKOLAH KEBANGSAAN LENGKUAS AKAN MENJADI SEKOLAH YANG TERBILANG PADA TAHUN 2010.

MISI

MEMBENTUK SERTA MEMPERKEMBANGKAN PRESTASI PELAJAR SECARA MENYELURUH DALAM BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH BAGI MENYEDIAKAN IKLIM JUGA BUDAYA SEKOLAH YANG KONDUSIF KE ARAH MEMBENTUK GENERASI YANG CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT.

SENARAI GB

1.    En.Din bin Ali                                                              1957 - 1968
2.    En.Ali bin Md. Isa                                                        1969 -1975
3.    En.Ismail bin Abdullah                                                 1976 Disember 1976
4.    En. Mansur bin Muda                                                  1977 - 1982
5.    Tn. Hj. Zakaria bin Ismail                                             1983 Disember 1983
6.    Tn. Hj. Abd. Ghani bin Awang                                     1984 - Disember 1984
7.    En. Hashim bin Hj. Ahmad                                           1985 - 1987
8.    Tn.Hj. Md. Isa @ Abd. Rahman bin Hussain                1988 - 1992
9.    En. Osman bin Hj. Omar                                              1993 - 1996
10.  Tn. Hj. Abu Seman  bin Ahmad                                    1997 - 1999
11.  En. Md. Fauzi bin Saad                                                2000 - 2001
12.  Pn. Hjh. Rosidah binti Lazin                                          2002 - 2004
13.  En. Ahmad Najib bin Shaari                                         2005 hingga sekarang

IMBASAN SEJARAH

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1951 dengan pakatan penduduk kampung secara gotong-royong di atas tanah wakaf dengan diketuai oleh Tn. Hj. Mat bin Man. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Dewasa Kampung Lengkuas.

Sekolah ini diambil alih oleh kerajaan pada 6 Januari 1957 di bawah Guru Besar pertama, Cikgu Din bin Hj. Ali dengan bilangan pelajar seramai 67 orang dan dinamakan Sekolah Lengkuas .

Bangunan asalnya dibina daripada kayu dan berdinding buluh dan dapat menampung 30 orang murid.

Pembinaan bangunan baru 1988.Memandangkan pertambahan murid yang semakin ramai pada 1 Jun 1964 kerajaan telah membina sebuah bangunan sekolah di atas tanah lot 540 Mukim Lengkuas,seluas 2,51 ekar. Bangunan ini mengandungi 6 bilik darjah dan sebuah pejabat.

Bangunan baru ini mula digunakan pada 1November 1964.Bermulalah detik sejarah dunia persekolahan yang lebih selesa bagi kanan-kanak di Kampung Lengkuas dan kampung sekitarnya.Sekolah ini telah membangun selama 54 tahun dan telah melahirkan ramai golongan cendikiawan,profesional dan terhormat dalam bidang pendidik dan perniagaan

OBJEKTIF

1.Membentuk satu kumpulan murid-murid yang berdisplin, saling menghormati dan patuh kepada arahan.
2.Sentiasa sanggup menghadapi cabaran dan berfikiran kritis dan kreatif.
3.Sentiasa tabah dalam menghadapi kegagalan dan berusaha mengatasi kelemahan.
4.Sentiasa berkhidmat dengan penuh kerelaan kepada sekolah dan masyarakat.
5Sentiasa berusaha ke arah pembentukan insan yang sempurna.
6.Cergas dan sihat untuk menjalankan sebarang aktiviti fizikal, mental dan rohani.

MISI

1. Melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.
2. Melahirkan murid-murid yang berkebolehan dan berkemampuan mewakili sekolah ke peringkat  PKG,daerah ,negeri dan kebangsaan.
3.Mewujudkan semangat bekerjasama ,daya kepimpinan dan perasaan saling hormat-menghormati di kalangan murid

MOTIVASI DIRI

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN

THE BEST LIFE IS CONVERSATION AND THE GREATEST SUCESS IS CONFIDENCE  OR PERFECT UNDERSTANDING BETWEEN SINCERE PEOPLE.

HIDUP ITU ANUGERAH ALLAH,
MATLAMAT HIDUP KITA IALAH IBADAH DALAM SEMUA KERJA BUAT INSAN.

A TEACHER IS SOMEONE WHO TAKES YOUR HAND, OPENS YOUR MIND AND TOUCHES YOUR HEART.

JANGAN SEDIH BILA DIRI TIDAK DIHARGAI, TAPI ......TANGISILAH BILA DIRI TIDAK BERHARGA LAGI.
HARGA DIRI ADALAH BILA ADA IMAN, ILMU , AKHLAK, M ARUAH DAN HARTA.

WONDERFUL THINGS ARE CAREFULLY CREATED BY GOD.WONDERFUL MOMENTS ARE CAREFULLY PLANNED BY GOD AND WONDERFUL TEACHERS LIKE YOU CAREFULLY CHOSEN BY GOD.

KEHIDUPAN KITA AKAN DITANYA ALLAH,WALAUPUN SEBESAR ZAHRAH.KEHIDUPAN KITA BUKAN MAIN-MAIN TAPI PENUH UJIAN ALLAH. APAKAH BENAR PENYAKSIAN IMAN KITA? KEHIDUPAN KITA PERLU DIISI DENGAN WARNA DAN LUKISAN TAKWA UNTUK MEMPENGARUHI REDA DAN SYURGA ALLAH. KEHIDUPAN KITA HANYA BERMAKNA JIKA BERNAUNG DI BAWAH BAYANGAN ALLAH DAN RASUL.

IMAN AND TAKWA ALWAYS CARRY RESPONSIBLITIES TO BE FULFILLED WITH OBSTACLES ALL THE WAY.(RANJAU SEPANJANG JALAN)

RIVER DON'T DRINK THE WATER THEY CARRY;TREES DON'T EAT THE FRUIT THEY BEAR;CLOUDS DON'T BATHE IN THE RAIN THEY PRODUCE.WE ARE MEANT TO GIVE EVEN IF WE GET NOTHING FROM IT. MEASURING LIFE BY WHAT OTHERS DO MAY DISAPPOINT US,BUT MEASURING LIFE BY WHAT WE DO WILL MAKE LIFE MEANINGFUL.LET US THANK  ALLAH SWT FOR GIVING US A WONDERFUL AND HAPPY LIFE...

SESUNGGUHNYA YANG LEBIH LAMA SUSAHNYA DI DUNIA IALAH YANG LEBIH LAMA GEMBIRANYA  DI AKHIRAT DAN LEBIH LAMA KENYANGNYA DI DUNIA AKAN LEBIH BANYAK LAPARNYA DI AKHIRAT.

BAHAGIA HANYA TERLETAK DI DALAM HATI

CARILAH SERIBU SAHABAT DALAM PERGUALAN, KERANA SERIBU SAHABAT BELUM BANYAK. JAUHILAH SEORANG MUSUH,KERANA MUSUH YANG SEORANG ITU SUDAH LEBIH DARI BANYAK.

JANGAN HINAKAN BARANG YANG KECIL,KERANA JARUM YANG KECIL ITU SELALU MENUMPAHKAN DARAH.

JADIKANLAH BAKTI KEPADA ALLAH SWT ITU SATU PERNIAGAAN NESCAYA DATANG KEUNTUNGAN KEPADAMU DENGAN TIDAK ADA BARANG PERNIAGAAN.

TIDAK ADA KELEBIHAN DALAM ISLAM MELAINKAN DENGAN TAKWA DAN TIDAK KEMULIAAN MELAINKANN DENGAN KETINGGIAN BUDI PEKERTI.

APABILA TERASA DIAWASI TUHAN, RASA BERDOSA SETIAP MASA, JIWA  DERITA DENGAN DOSA, RASA BERSYUKUR DENGAN NIKMATNYA,RASA KURANG BERAMAL, RASA HINA DIRI DENGAN TUHAN,
ITULAH TANDA KITA MEMILIKI SIFAT KEHAMBAAN.

Tuesday, July 20, 2010

LAWATAN KE UITM,MERBOK

KENANGAN BERSAMA KAUNSELOR UITM, MERBOK

PAMERAN DI GALERI SENI