welcome

Sunday, August 1, 2010

Kad hari guru( Dari Pengurusan)

2008
Guru, sesungguhnya pengorbanan mulia ini tiada terbalas,kerana guru sentiasa memberi dorongan ,didikan dan nasihat untuk terus mencapai kecemerlangan.

Semoga keikhlasan cikgu mendidik akan terus dihargai dan disanjung serta mendapat keberkatan dari Allah.

Terima Kasih
Selamat Hari guru

2009
Hati itu umpama cermin,Kesilapan ,kesalahan dan keraguan umpama debu.Selalulah bersihkan cermin itu dari debu ini dengan keikhlasan,ketulusan dan ketakwaan agar sinar ILLAHI akan tetap dapat bersinar disaat kita tersilap,terduga dan terleka kerana sesungguhnya kita umatNYA  yang dinamakan manusia.

Guru.................
Sesungguhnya....
pengorbanan muliamu
tiada terbalas
Terima Kasih
yang hanya dapat diucapkan
semoga keikhlasanmu
mendidik,menabur bakti
dalam profesion perguruan ini
menjadi nadi
kekuatan untuk terus
menabur ilmu
tanpa rasa jemu
Semoga  Cikgu
mendapat keberkatan dariNya

Terima kasih
Selamat Hari Guru

2010
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik,kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala)kebaikannya itu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)
(As-Syura:23)


Diucapkan terima kasih
Di atas perkhidmatan
dan jasa cikgu
......kerana cikgu sentiasa
memberi dorongan, didikan
dan nasihat untuk terus
 mencapai kecemerlangan
bagi
Sekolah Kebangsaan Lengkuas

Semoga
 keikhlasan cikgu
mendidik akan terus
diberkati dan diredhai Allah

Terima Kasih
 selamat Hari Guru

No comments:

Post a Comment