welcome

Saturday, July 30, 2011

"JASAMU DI S.K.L. DI KENANG"

CIK HJH SABARIAH SAMSUDIN-PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Segala bakti yang engkau curahkan mengajar mendidik anak bangsa segala jasa yang engkau taburkan menjadi kenangan tak akan kami warga SK Lengkuas lupakan. Engkau laksana pelita di malam gelita memancarkan sinar sepenuh rela jiwamu tabah hatimu cekal kasihmu serta semangatmu berkobar yang tak pernah mengenal erti putus asa yang tak pernah meminta puji dan puja.Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami,warga SKL sepanjang hayat mekar di sudut hati ,tiap sepatah katamu mengisi erti tiap madahmu mengandungi hikmat pembentuk peribadi penegak kebenaran pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.Hanya kata-kata ini yang dapat kami warga SKL lafazkan terkumpul dari seribu hati menjadi satu menadah tangan dengan doa restu kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan kepadamu CIK HJH SABARIAH BT SAMSUDIN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.


2 comments:

  1. ASSAILAMUALAIKUM,
    TERIMA KASIH ATAS KATA-KATA MURNI DARI HATI IKHLAS WARGA SKL. SEGALANYA ADALAH HAK ALLAH SWT .SAYA HANYA MENJALANKAN TUGAS UNTUK REZEKI YANG DIREDHAI ALLAH .KITA HANYALAH SEBAGAI AGENNYA UNTUK MELAKSANAKAN AMANAH YANG DIBERI.TERUSKAN AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN.
    TERIMA KASIH SEKALI LAGI ATAS SEGALA PERSIAPAN MAJLIS PERSARAAN SAYA.
    KASIH SAYANG SIRATULRAHIM KITA HANYA KERANA ALLAH.
    SELAMAT BERJAYA DALAM SEMUA LAPANGAN UNTUK SKL

    ReplyDelete
  2. Perjalanan kenangan yang akan dititip dalam ingatan selagi hayat dikandung badan. Semoga silaturrahim akan berpanjangan dan mendapat redha Ilahi.

    ReplyDelete