welcome

Tuesday, December 14, 2010

KEPADA PENDIDIK

ALANGKAH MULIA DAN BERMAKNANYA,
SETIAP KALI MURIDMU BERKATA,
ENGKAU MEMBETULKAN BAHASANYA,
MESKIPUN ENGKAU GURU AGAMA ATAU GURU
MATEMATIK CUMA,
AKAN LEBIH TERDIDIKLAH KAMI,
BAHASAPUN JADI INDAH DAN MULIA,
KALAU KITA MEMBUANG SEMPADAN,
MEMARTABATKAN BAHASA IBUNDA.

SEDANGKAN TANGGUNGJAWAB KAMU LEBIH JAUH DARIPADA ITU,
BUKAN SEKADAR MEMBERI KAMI MARKAH DAN PANGKAT,
TETAPI MENEGUHKAN KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN,
BAHAWA BAHASA INI MULIA LETAKNYA,
JANGANLAH DIBATASKAN PANDANGAN,
KIRANYA SERIBU PENDIDIK SEPERTIMU,
AKAN TERBENUALAH BAHASA KITA,
JAUH MEMANCANGKAN BATASNYA,

MARILAH DENGAN TANGAN TERBUKA ,
MEMULIAKAN BAHASA UCAPAN KITA,
TIDAK PERLU KITA HARAPKAN SESIAPA,
SELAIN MEREKA ,
PENDIDIK BANGSA.

No comments:

Post a Comment