welcome

Tuesday, October 5, 2010

LAGU SKL

ILMU PENJANA HIDUP
ITULAH IKRAR KITA
HADAPI DUGAAN DAN CABARAN
MENJUANG MASA DEPAN.

MARI KITA BERSAMA
BERDISIPLIN DAN HARMONI
HORMAT GURU,IBU DAN BAPA
SEMOGA DIBERKATI.

S.K.L TEMPAT KITA BERTANDING
INDAHNYA TERPELIHARA
KECERIAAN DAN TERTANDING
MENJADI KEBANGGAAN KITA

MENCAPAI CITA-CITA
ITULAH WAWASAN KITA
DENGAN TEKAD DAN KEYAKINAN
MENUJU KEJAYAAN



PUISI / SAJAK

TAJUK : KEPADA PENDIDIK

ALANGKAH MULIA DAN BERMAKNANYA,
SETIAP KALI MURIDMU BERKATA,
ENGKAU MEMBETULKAN BAHASANYA,
MESKIPUN EMGKAU GURU AGAMA ATAU GURU MATEMATIK CUMA,
AKAN LEBIH TERDIDIKLAH KAMI,
BAHASAPUN JADI INDAH DAN MULIA,
KALAU KITA MEMBUANG SEMPADAN,
MEMARTABATKAN BAHASA IBUNDA.

SEDANGKAN TANGGUNGJAWAB KAMU LEBIH JAUH DARIPADA ITU,
BUKAN SEKADAR MEMBERI KAMI MARKAH DAN PANGKAT,
TETAPI MENEGUHKAN DAN KEPERCAYAAN,
BAHAWA BAHASA INI MULIA LETAKNYA,
JANGANLAH DIBATASKAN PANDANGAN,
KIRANYA SERIBU PENDIDIK SEPERTIMU,
AKAN TERBENUALAH BAHASA KITA,
JAUH MEMANCANGKAN BATASNYA.

MARILAH DENGAN TANGAN TERBUKA,
MEMULIAKAN BAHASA  UCAPAN KITA,
TIDAK PERLU KITA HARAPKAN SESIAPA,
SELAIN MEREKA,
PENDIDIK BANGSA.

No comments:

Post a Comment